Friday, November 6, 2009

Pandangan Jakim mengenai Wahabi

Saya nukilkan dari al-fikrah.net:

• ISLAM AGAMA BAGI PERSEKUTUAN MENURUT PERKARA 3 PERLEMBAGAAN NEGARA
• BERASASKAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH MENURUT KEPUTUSAN FATWA KEBANGSAAN TAHUN 1996DASAR-DASAR AQIDAH YANG DITOLAKWAHDAT AL-WUJUD

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia pada tahun 2000 telah memutuskan Wahdatul Wujud menyalahi akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bertentangan dengan ajaran Islam.

MARTABAT TUJUH
• Ilmu Martabat Tujuh bukan dari ajaran Islam. Pemikiran asas dalam ilmu ini ialah kesatuan segala yang ada, yang tiada awal dan akhir. (PKA ke 12/1999). Ilmu martabat Tujuh bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah. Ia merupakan satu ajaran falsafah. Ilmu ini termasuk dalam bidang tasawuf falsafah Wahdat al-Wujud, yang mengatakan bahawa Allah mengadakan semesta ini bukan dari tiada kepada ada, seperti yang diiktikadkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah, tetapi berpegang kepada daripada ada kepada ada.

NUR MUHAMMAD
• Dalam kepercayaan kepada Nur Muhammad ia mengandungi beberapa perkara iaitu:-a) Nur Muhammad bersifat Qadim dan Azali.b) Dijadikan Nur Muhammad terlebih dahulu sebelum dijadikan alam.c) Semua alam dijadikan dari Nur Muhammad.
• Kepercayaan-kepercayaan di atas adalah bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan hadith sahih, dan ia tidak boleh dijadikan asas, dalil dan hujah dalam bidang akidah. (Penjelasan mengenai konsep Nur Muhamad dalam Jurnal Penyelidikan JAKIM, bil. 12/1999 dan kertas kerja Dr. Huda Muhsin dalam PKA ke 9/1997).

CONTOH PENYELEWENGAN NUR MUHAMMAD
Tarekat Naqsyabandiah Kadirun Yahya• Mendakwa melalui tarekatnya Allah menurunkan Nur (cahaya) ke dalam badan Nabi Adam turun temurun ke dalam badan semua nabi-nabi dan seterusnya ke dalam badan imam-imam (syiah) atau guru-guru dan berterusan hingga ke akhir yang tidak berakhir.• Mengaku dan mempercayai seseorang itu boleh berhubung terus dengan Allah melalui Nur Muhammad yang berada dalam dirinya

KASYAF DAN ILHAM
• Maksud Kasyaf ialah menyingkap maklumat di sebalik hijab atau tabir yang berupa perkara ghaib dan perkara-perkara yang benar ada
• Ilham ialah sesuatu yang dicampak dalam hati dengan cara anugerah
• Ilham dan Kasyaf bukan bersumber kepada sebab-sebab ilmu yang dibenarkan dalam akidah Islam. Beberapa istilah lain yang hampir sama denganya iaitu Ilmu Laduni, Ilmu Zauq, Ilmu Batin dan Ilmu Rahsia-Rahsia. (Mesyuarat PKA ke 15/2000).

CONTOH AMALAN KASYAF DAN ILHAM
• Mujaddid atau Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad) mendapat ilmu terus dari Allah (ilham, ilmu ladduni atau kasyaf) yang meliputi soal agama, dunia, hal ehwal semasa, pemerintahan, bina insan dan lain-lain. Ilham dari Tuhan datang kepadanya seperti air sungai yang mengalir.
• Minda Abuya itu sebenarnya adalah wahyu dari Tuhan. Bagaimanapun, wahyu yang diturunkan kepada Abuya adalah 1/46 daripada kenabian.

YAQAZAH
• Yaqazah bersama Rasulullah s.a.w. secara jaga dan sedar adalah suatu pemikiran luar yang dibawa masuk ke dalam pengajian Islam. Pengalaman beryaqazah oleh orang tasawuf dengan Rasulullah s.a.w. hanya laporan dari pengalaman individu yang tidak ma’sum, oleh itu ia tidak boleh diterima dalam hal-hal yang membabitkan agama, apa lagi yang menjurus kepada bidang akidah dan syari’at Islam.
• Dakwaan ini pernah berlaku pada Aurad Muhammadiah yang diamalkan oleh kumpulan Arqam.

MIMPI
• Ijma’ ulama’ mengatakan mimpi tidak boleh dijadikan sumber hukum dan akidah. Mimpi ada dua sama ada mimpi yang baik atau mimpi yang buruk . Mengenai mimpi yang baik, ia tidak juga boleh dijadikan sandaran, apatah lagi yang buruk.
• Ajaran Tal Tujuh pimpinan Abdullah Shariff mendakwa sentiasa membuat keputusan hanya berdasarkan kepada mimpi-mimpinya. Dia mendakwa boleh menta’birkan segala mimpi dengan tepat

HULUL DAN ITTIHAD
• Hulul ialah bersatu dua jisim sehingga apabila disebut yang pertama termasuk juga yang kedua, seperti hulul air mawar dalam bunga mawar. Aliran hulul beriktikad bahawa Allah menempat dalam setiap sesuatu dan dalam setiap juzu’ (bahagian) daripada sesuatu sehingga boleh dikatakan bahawa setiap sesuatu itu adalah Allah.
• Ittihad bererti bersatu, wujud makhluk itu iaitu wujud khaliq (Allah) Fahaman seperti ini dikatakan berasal dari fahaman Jahmiah yang berkeyakinan bahawa zat Allah itu terdapat halla pada tiap tempat.
• Ciri ini pernah wujud dalam kumpulan ajaran sesat di negara ini, antaranya ajaran Hasan Anak Rimau dan ajaran Tajalli atau Hakikat Insan Ahmad Laksemana di Kelantan. Ajaran ini mengakui bahawa Allah menjelma dalam dirinya

TANGKAL DAN AZIMAT
• Azimat dalam bahasa Arab disebut al-tama’im, iaitu tangkal yang biasa dipakai di leher, tangan atau dipinggang. Azimat ada pula berbagai bentuk sama ada dari kayu, rotan, paku, kertas, keris dan lain-lain Umpamanya kertas yang berajah dan bertulisan tertentu, kemudian dibungkus dengan kain putih, hitam atau kuning.
• Dalam kitab Mastika Hadith jilid pertama terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysi ada menyebut seperti berikut:“tawar jampi, tangkal azimat dan ilmu pengasih adalah haram sekiranya mengandungi perkataan yang tidak difaham maknanya atau yang berdasarkan sihir atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis atau yang mengandungi benda-benda najis atau kotor”. ( h.37)

MENTERA
• Mentera dan jampi adalah sama maknanya. Jampi iaitu kata-kata yang diucapkan untuk keperluan melindungi diri dari penyakit godaan syaitan dan sebagainya. Kadang-kadang jampi mengandungi kata-kata asing yang tidak difahami dan bersakti yang dalam bahasa Arab disebut Al-Ruqyah atau Al-Auzah (Ibnu Mamzur, Lisanul Arab, Juz. V, hal. 34.)
• Hukum menggunakan jampi sama seperti hukum azimat. Dalam kitab Mastika Hadith jilid pertama terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ada menyebut seperti berikut:“tawar jampi, tangkal azimat dan ilmu pengasih adalah haram sekiranya mengandungi perkataan yang tidak difaham maknanya atau yang berdasarkan sihir atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis atau yang mengandungi benda-benda najis atau kotor”. ( h.37)

KERAMAT
• Kepercayaan adanya keramat pada benda-benda dan objek tertentu yang boleh mendatangkan kebaikan luar biasa seperti telaga keramat, cincin keramat, keris keramat, buaya keramat, dan sebagainya.• Hukum mempercayai adanya keramat pada sesuatu benda adalah syirik, kerana menganggap ianya boleh mendatangkan manfaat, selain daripada kekuasaan Allah S.W.T. (Garis Panduan - Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio Visual Berhubung dengan Unsur-Unsur yang Bercanggah dengan Akidah dan Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah JAKIM)

MA’UNAH
• Perkara luar biasa yang dikurniakan Allah kepada manusia biasa dan merupakan pertolongan kepada orang tertentu. (DBP h.246). Orang yang selalu taat kepada Allah akan terhindar dari bahaya orang yang ingin mengkhianatinya. Pertolongan Allah itu dikenali dengan MA’UNAH.
• Penyelewengan penggunaan istilah ma’unah ini terjadi biasanya bagi mereka yang telibat dalam urusan persilatan atau seumpamanya. Umpamanya Pertubuhan Nasrulhaq dan Pertubuhan Al-Ma’unah (kedua-dua pertubuhan telah diharamkan oleh kerajaan).
TAWASSUL
• Mengerjakan sesuatu amal yang dapat mendekatkan diri kita kepada Tuhan (K.H. Sirajuddin Abbas {1970} Masalah Agama II,Kota Bharu,h.63.). Wasilah: jalan dan amalan yang boleh menghampirkan diri kepada Allah, (istilah Usuluddin dan Falsafah Islam, DBP, Kuala umpur,(1991),h278.)
• Tawassul ada berbagai-bagai, ada yang harus dan ada yang tidak diharuskan oleh Syara’. Tawassul yang diharuskan ialah tawassul dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah, tawassul dengan amalan-amalan soleh atau dengan iman kepada Allah dan rasul-Nya dan bertawassul dengan melalui doa orang soleh yang masih hidup. Sementara tawassul yang ditegah ialah memohon tawassul kepada roh orang mati supaya roh itu menolong menunaikan hajat keperluannya atau memohon supaya roh tersebut melepas atau menolak sesuatu bala bencana yang menimpanya, atau memohon secara bernazar dengan katanya “wahai syeikh si anu.......” dengan disebut namanya dan lain-lain lagi.

KHURAFAT
• Cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta, khayalan, ajaran ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan pemujaan atau kepercayaan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

MEMANGGIL ROH·
Para ulama’ memberikan fatwa bahawa ia adalah suatu perbuatan yang tidak diharuskan, kerana yang datang semasa panggilan itu dibuat sebenarnya bukan roh para nabi atu wali tertentu bahkan yang datang itu ialah suatu makhluk halus yang dikenali sebagai jin atau syaitan yang menjelma dalam bentuk suara orang tertentu, yang sememangnya ia boleh melakukannya. Hakikat roh orang yang meninggal sama ada baik atau tidak adalah dibawah kekuasaan Allah. Sedikit pun tidak ada kuasa lain yang boleh menguasai roh-roh itu.

MENURUN
• Istinzal arwah atau menurun pada hakikatnya adalah satu keadaan yang menyebabkan seseorang itu diresapi oleh makhluk halus yang dipanggil. Hal tersebut akan menyebabkan makhluk tadi sebati dalam diri orang yang menurun, dan menguasai perasaan, fikiran, tutur kata dan jasad orang yang berkenaan. Upacara perubatan dilakukan ketika seseorang itu dalam keadaan menurun. (Dr. Amran Kasimin Liku-liku Iblis Menipu Manusia,1992, KL. h 82).
• Pekerjaan seperti ini bukan disuruh dalam agama dan memang ianya boleh menjadikan seseorang pengamal itu terjatuh dalam golongan yang diperintah oleh makhluk halus tersebut. Dalam keadaan yang tidak sedar itu jika berlaku sesuatu di luar syariat, sudah tentu boleh membawa mala petaka yang besar kepadanya, malah mala petaka lebih besar lagi jika berlaku kematian maka ia tergolong dalam orang yang sesat
TAREKAT
• Tarekat bererti jalan, dalam ajaran tasawuf. Tarekat ialah satu istilah yang lahir selepas zaman permulaan Islam bermaksud jalan yang dilalui untuk beribadat bagi mencapai ke suatu maqam yang tinggi mengenal Allah. Menurut keyakinan sufi orang tidak boleh sampai kepada hakikat tujuan ibadat sebelum menempuh jalan itu. Jalan itu dinamakan tarekat.
• Pelbagai nama tarekat terdapat di Malaysia, antara yang popular hingga kini ialah, Tarekat Qadiriah, Naqsyabandiah, Ahmadiah, Samaniah, Syazaliah, Refa’iah.
• Pihak kerajaan telah membuat kajian mengenai tarekat di Malaysia dan mendapati ada beberapa tarekat telah menyeleweng dari ajaran Islam. Oleh itu satu keputusan dibuat bahawa kerajaan tidak boleh mengiktiraf tarekat-tarekat tertentu kerana dibimbangi ada berlaku penyelewengan dalam aspek tertentu .
RABITAH
• Dari segi amalan tasawuf, murid-murid diibaratkan orang buta yang harus mengikuti gurunya yang matanya jelas melihat. Dialah yang dikatakan guru mursyid iaitu yang karam dalam laut muraqabah. Hakikat rabitah bagi ahli tarikat ialah bersahabat atau sebanyak mungkin beserta dengan mursyid, dengan guru-guru yang pandai, yang hatinya selalu ingatkan Allah. (Dr Abu Bakar Achih, 1993. h. 90).• Dalam hal guru mursyid, tidak wujud istilah itu dalam bahasa Arab kecuali perkataan mursyid saja, yang bermaksud; orang yang memberi ilmu dan bimbingan kepada murid, tidak kira dalam bidang apa sekali pun. Tetapi apa yang menjadi kemusykilan ialah penggunaan istilah guru mursyid di kalangan orang tarekat tasawuf begitu menonjol kepada suatu kefahaman yang lain seolah-olah dan semacam dengan imam yang ma’sum seperti dalam ajaran syiah. Dengan itu setiap murid mesti patuh dan taat seratus peratus kepada guru berkenaan tanpa soal. Inilah yang boleh membawa kepada penyelewengan akidah.
CONTOH RABITAH
• Guru membuat pengakuan memegang kunci pintu syurga: Ciri sesat ini pernah dibawa oleh ajaran sesat Hasan Anak Rimau dan ajaran Arifin Muhammad di Hulu Besut, Terengganu.
• Mempercayai bahawa guru mereka boleh menebus dosa dengan wang: Ajaran al-Mas atau Ikhwan ada mengamalkan ciri ini.
• Mempercayai bahawa bacaan-bacaan seseorang guru keatas satu-satu benda seperti batu, gunung dan lain-lain boleh memberi kesan baik atau buruk: Tarekat Naqsyabanmdiah Kadirun Yahya pernah dikatakan melakukan perkara ini.WALI
• Orang yang dilindungi oleh Allah sambil memelihara ibadah dan ketaatan secara terus menerus, orang yang mencapai tahap wali yang segala urusannya di bawah peliharaan Allah, Wali biasanya tidak mendakwa dirinya sebagai wali, dia hanya mengamalkan ibadat terhadap Allah secara berterusan, tidak runsing dengan keduniaan, tidak berdukacita dengan kesusahan, tidak takut dicela orang, malah sentiasa bersabar. Bagi wali yang palsu semuanya berlawanan dengannya.
MEDITASI•
Meditasi adalah dari amalan Yoga. Jika ada amalan pernafasan di kalangan orang Islam, kemungkinan semuanya berasal dari Yoga Hindu kerana ianya tiada asal di dalam al-Quran dan al-Hadis.
• Yoga adalah falsafah Hindu yang mengawal kita, mengawal minda, deria dan jasmani untuk menghasilkan pengalaman mistik serta paduan jiwa individu dengan roh alam semesta.
• Mesyuarat Panel Kajian Akidah yang ke 22/2002 pada 28-29 Oktober 2002 telah memutuskan bahawa amalan meditasi adalah bercanggah dengan Islam dan bukan dari ajaran Islam.

SIHIR
• Sihir adalah istilah yang merujuk kepada amalan jahat manusia yang dibantu atau disokong oleh jin-jin terdiri dari iblis dan syaitan, yang dilakukan secara tersembunyi dan rahsia , tidak mudah diketahui umum, dan boleh berlaku berulang kali. Sihir boleh dipelajaari dengan menuntut. Natijah daripadanya tidak boleh dibuktikan oleh akal, bagaimana hal demikian boleh berlaku, atau dibuktikan melalui peralatan moden, kecuali natijah yang memberi bekas pada jasad. (Dr Amran Kasimin, Amalan Sihir Masyarakat Melayu; satu Analisis KL,1997,h11).

PENGGUNAAN JIN
• Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada tahun 1995 memutuskan:-a) Bersahabat dengan jin dengan tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara-perkara yang ditegah oleh syarak adalah haram.b) Meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa kepada syirik adalah haram.c) Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram.d) Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir atau nujum adalah haram.

TAFSIR BEBAS
• Iaitu seseorang yang menggunakan al Quran sebagai alat yang boleh mengabui mata mangsa khasnya dalam ilmu perubatan. Mereka mentafsir ayat-ayat tertentu dengan tujuan yang bukan syarie. Biasanya mereka cuba mentafsir dengan akal dan nafsu atau mengikut kepentingan semata-mata.
• Berlaku di kalangan guru-guru ajaran sesat seperti menggunakan ayat al-Quran dan dihuraikan mengikut kehendaknya sendiri, jauh dari asas kebenaran kerana tidak merujuk kepada kitab tafsir yang muktabar maka ketika itu berlaku penyelewengan, ini jelas sekali bila dilihat kepada ajaran Ilmu Hakikat Insan yang dibawa oleh Haji Ahmad Laksamana dalam bukunya Hakikat Insan 1985 yang diterbitkan di Kota Bharu, Kelantan. Tanpa nama penerbit.

HADITH PALSU
• Kebanyakan hadith palsu digunakan oleh pihak atau orang yang mengamalkan ajaran sesat adalah tidak berasaskan dari sumber yang sah dan benar dari kitab hadith. Mereka hanya mengambil sesuatu yang dikatakan hadith itu dari guru yang jahil tentang hadith apalagi merujuk kepada kitab Arab.
• Kebanyakan hadith palsu yang digunakan sekarang ialah dalam amalan ilmu tasawuf dan kerohanian, Mereka lebih suka mengambil ilmu berkenaan dari buku tertentu, bukan dari kitab hadith. Sedangkan perkara yang dibincangkan adalah perkara agama

DASAR MENGENAI KUMPULAN & AJARAN TERTENTUAL-ARQAM• Pada Tahun 31 Mac 1994 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa pengharaman Arqam. Fatwa itu menyatakan:a) Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri hendaklah menggunakan peruntukan yang ada di dalam Enekmen Pentadbiran Agama Islam sepenuhnya di dalam usaha untuk membanteras kegiatan Darul Arqam seperti peruntukan mengajar tanpa tauliah, membuka sekolah tanpa kebenaran dan berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah.b) Kumpulan al-Arqam diminta bertaubat dan perlu dinasihati oleh Raja-Raja dan Sultan sebelum diambil tindakan pemulauan.• Pada 28 Ogos 1994 Kementerian Dalam Negeri pula telah Mengharamkan pertubuhan tersebut.

SYIAH• Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada tahun 1996 menetapkan:-
a) Hanya akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.
b) Mana-mana ajaran yang bercanggah dengan fahaman dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah dilarang dan disekat penyebarannya di kalangan umat Islam.

TABLIGH
Antara keputusan kerajaan berkenaan Jamaah Tabligh adalah seperti berikut:-
a) Jemaah Tabligh tidak boleh menghadkan buku-buku teks yang dibaca, kepada buku-buku yang dikarang dan diterbitkan oleh ahli-ahli atau tokoh-tokoh Jemaah ini sahaja (sekiranya buku-buku itu tidak didapati salah dan tidak terdapat perkara-perkara yang meragukan dan menyeleweng akidah atau syariah Islam).
Ia hendaklah juga menggunakan buku-buku lain yang dikarang oleh penulis-penulis tempatan atau ulama-ulma muktabar yang disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri.
b) Jemaah ini tidak diharamkan selama mana ianya tidak menyeleweng dari fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak menimbulkan kesan-kesan yang tidak baik.

ANTI-HADITH
• Ajaran ini diputuskan menyeleweng oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada tahun 1995.

WAHHABIYYAH (Salafiyyah-Ibn Taimiyyah)· Isu Wahhabbiyyah telah dibawa beberapa kali ke dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998). Ia juga dibincangkan berkali-kali di dalam mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM pada kali ke-14 tahun 2000, kali ke-20 tahun 2002 dan kali ke-23 tahun 2003.· Kesemua keputusan perbincangan adalah menjurus kepada menyekat penularan fahaman Wahhabiyyah atas alasan isu-isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia. Bagaimanapun fatwa tidak memutuskan Wahhabiyyah sebagai ajaran sesat malah masih termasuk di kalangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.· Adapun doktrin yang melampau di dalam aqidah sehingga menjisimkan Allah SWT dengan perkataan-perkataan yang jelas seperti golongan Karramiyyah atau mencaci dan menghina pegangan kepada mazhab adalah dilarang dan terkeluar daripada prinsip Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL· Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke 74 pada 25-27 Julai 2006 yang lalu telah memutuskan pemikiran Islam Liberal adalah sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam.

Sunday, September 27, 2009

Salam Aidilfitri



Lebaran ini, menyingkap beberapa suasana yang menarik perhatianku untuk ditatapi bersama saudara dan rakan taulan di kampung Sg Keli, Hutan Melintang, Perak.

Suasana selepas solat turut merakamkan Pak Ulung dan Pak Lang saling bersalaman di samping penghuni kampung yang lain.....;)

Sunday, August 30, 2009

Doa yang perlu dibaca pada bulan Ramadan


اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عنا


“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni”
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampuni, maka ampunkanlah dosa-dosa kami

Wednesday, August 26, 2009

الكلام الطيب


اللهم لك الحمد حمدا كثيرا طيبا مباركا فيه ملء السماوات وملء الأرض و ملء ما بينهما وملء ما شئت من شيء بعد أهل الثناء والمجد أحق ما قال العبد وكلنا لك عبد اللهم لا مانع لما أعطيت ولا معطي لما منعت ولا راد لما قضيت ولا ينفع ذا الجد منك الجد. اللهم لك الحمد كما خلقتنا ولك الحمد كما رزقتنا ولك الحمد كما علمتنا ولك الحمد كما هديتنا لك الحمد بالإيمان لك الحمد بالإسلام لك الحمد بالقران لك الحمد بالأهل والمال والمعافاة كبت عدونا وأظهرت أمننا وبسطت رزقنا وأحسنت معافاتنا وجمعت فرقتنا ومن كل ما سألناك ربنا أعطيتنا فلك الحد على ذلك كله حمدا يوازي نعمك ويكافى مز يدك لكل الحمد حتى ترضى ولك الحمد اذا رضيت ولك الحمد بعد الرضا لك الحمد بمحامدك كلها ما علمنا منها وما لم نعلم لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم سلطانك ولك الشكر كما ينبغي لعظيم رحمتك وسعة غفرانك ولك الثناء الحسن كما ينبغي لجزيل فضلك و عظيم إحسانك لك الحمد كما نقول لك الحمد خير مما نقول لك الحمد السرمد حمدا لا يحصيه العدد ولا يقطعه الأبد كما ينبغي لك أن تحمد لك الحمد شكرا لك المن فضلا لك الحمد وترا لك الحمد بمحامدك كلها ما علمنا منها و ما لم نعلم لك الحمد كله وبيدك الخير كله واليك يرحع الأمر كله علانيته وسره لا يهزم جندك ولا يخلف وعدك
سبحانك وبحمدك سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم سبحان ذي الجبروت سبحان ذي الملكوت سبحان الحي الذي لا يموت سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم سبحان ذي الفضل والكرم سبحان ذي القدرة والنعم سبحان ذي العظمة والكبرياء سبحان من لا ينبغي التسبيح إلا له سبحان من عز فارتفع وذل كل شي لعظمته وخضع سبحان من قدر الأمور سبحان من دبر الدهور سبحان من علم هواجس الصدور سبحان من نور النور فشعشعة سبحان من أجرى الماء فانبعه سبحان من قدر الرزق ووسعه سبحان من سن الدين وشرعه سبحان من لا شريك له ولا اله معه سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم سبحان الله مداد كلماته سبحان الله زينة عرشه سبحان الله رضى نفسه سبحان الله عدد خلقه سبحان الله عدد الشجر وعدد الحجر وعدد الجراد اذا انتشر سبحان الله عدد ما كان وما سيكون و عدد الحركات والسكون سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم العزيز الذي لا يرام الجبار الذي لا يضام ذي الجلال والإكرام الملك القدوس السلام سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
اللهم اجعلنا في مستقر رحمتك في جنات ونهر في مقعد صدق عند مليك مقتدر اللهم لا تجعل بيننا وبينك في رزقنا أحدا سواك واجعلنا أغنى خلقك بك وأفقر عبادك اليك وهب لنا غنى لا يطغينا وصحة لا تلهينا وأغننا اللهم برحمتك عمن أغنيته عنا واجعل اخر كلامنا من الدنيا شهادة ان لا اله الا الله وتوفنا وانت راض عنا واجعلنا في موقف القيامة من الآمنين والى اعلى درجانت الجنة سابقين اللهم اجعلنا ممن يبشر عند الموت بروح وريحان ورب راض غير غضبان برحمتك يا ارحم الراحمين ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار ربنا لا تؤاخذنا ان نسينا او اخطأنا ربنا ولا تحمل علينا اصرا كما حملته على الذين من قبلنا ربنا ولا تحملنا ما لا طاقة لنا به و اعف عنا واغفر لنا وارحمنا انت مولانا فانصرنا على القوم الكافرين ربنا اننا سمعنا مناديا ينادي للأيمان ان آمنوا بربكم فامنا ربنا فاغفر لنا ذنوبنا وكفر عنا سيئاتنا وتوفنا مع الابرار ربنا واتـنا ما وعدتنا على رسلك ولا تخزنا يوم القيامة انك لا تخلف الميعادربنا انك جامع الناس ليوم لا ريب فية ان الله لا يخلف الميعاد ربنا اصرف عنا عذاب جهنم ان عذابها كان غراما إنها ساءت مستقرا ومقاما ربنا هب لنا من ازواجنا وذرياتنا قرة اعين واحعلنا للمتقين اماما ربنا اغفر لنا ولاخواننا الذين سبقونا بالايمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين امنوا ربنا انك رؤوف رحيم ربنا ظلمنا أنفسنا وان لم تغفر لنا وترحمنا لنكو نن من الخاسرين لا اله الا انت سبحانك انا كنا من الظالمين اللهم هذا الدعاء ومنك الإجابة وهذا الجهد وعليك التكلان
اللهم انك قلت وقولك الحق ادعونى استجب لكم اللهم ها قد دعوناك كما امرتنا فاستجب لنا برحمتك كما وعدتنا ولا تردنا اللهم برحمتك خائبين و لا من رحمتك ايسين واجعلنا برحمتك من المقبولين اللهم صل على محمد وعلى ال محمد كما صليت على ابراهيم وعلى ال ابراهيم انك حميد مجيد اللهم صل على محمد ما ظهرت النجوم وصل على محمد يا حي يا قيوم سبحان ربك رب العزة عما يصفون وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Monday, August 17, 2009

YouTube - Sheikh Yusuf al-Qaradawi Speaks

YouTube - Sheikh Yusuf al-Qaradawi Speaks

Sunday, August 16, 2009

أول الدين توحيد الله

إن تعلم علم التوحيد منه ما هو فرض عين ومنه ما هو فرض كفاية، و هذا شأن العلوم الشرعية عامة، وإن أعظم ما أمر الله به هو التوحيد، قال تعالى:{فَاعْلَمْ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ} {محمد:19} ، وقال سبحانه: {وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاهُمَا فَلا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلاً كَرِيماً} الإسراء:23} ، وفي حديث معاذ رضي الله عنه، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "يا معاذ، أتدري ما حق الله على العباد، وما حق العباد على الله؟"، قلت: "الله ورسوله أعلم"، قال: "حق الله على العباد أن يعبدوه ولا يشركوا به شيئًا، وفي حديث معاذ الآخر قال صلى الله عليه وسلم: "فليكن أول ما تدعوهم إليه: شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدًا رسول الله".فكان أول الواجبات وأوجب التكليفات، هو إفراد الله تعالى بالتوحيد والبراءة من الشرك باتفاق أهل السنة، قال الإمام ابن أبي العز رحمه الله: "اعلم أن التوحيد هو أول دعوة الرسل وأول منازل الطريق، وأول مقام يقوم فيه السالك إلى الله عز وجل... ولهذا كان الصحيح أن أول واجب يجب على المكلف شهادة أن لا إله إلا الله لا النظر، ولا القصد إلى النظر، ولا الشك.. فالتوحيد أول ما يدخل به في الإسلام، وآخر ما يخرج به من الدنيا، فهو أول واجب وآخر واجب

Saturday, August 15, 2009

Tegahan yang mesti ditinggalkan di Bulan Ramadan

By Abdul Jabbar


“Ahlan Wasahlan Ya Ramadan”, “Selamat datang Ramadan”, inilah ucapan yang perlu bermain di mulut kita bilamana menjelmanya 1 Ramadan, bagi mempamerkan kegembiraan kita yang tidak berbelah bagi bilamana hadirnya bulan ini. Apa yang pasti, Allah telah memakbulkan doa kita sekali lagi untuk bertemu dengan bulan ini, bulan yang yang memiliki fadhilat yang tidak terhitung bagi setiap amalan kita, bulan yang diturunkan al-Quran,padanya malam lailatul-qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan.


Bagi meraikan bulan yang istimewa ini, alangkah baiknya kalau kita dapat mengetahui apakah perkara-perkara yang mesti kita tinggalkan di bulan ini:


1)Tanggapan bahawa Bulan Ramadan sama seperti bulan-bulan yang lain:


Ketahuilah, bahawasanya bulan Ramadan adalah di antara bulan-bulan yang istimewa selain dari bulan-bulan yang diharamkan berperang iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab dan juga bulan Syaaban. Banyak kelebihan tentang keistimewaannya telah dirakamkan dalam hadis Nabi Sallahu Alaihi Wasallam di antaranya:


1.1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-


1.2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-


1.3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-


1.4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-



2) Tegahan dari melakukan sebahagian perkara yang harus pada asalnya:


2.1) Makan, minum dan mengikut syahwat:


Pengertian Soum atau puasa ialah “menahan diri dari makan minum dan syahwat bermula dari terbit fajar sodiq sehingga terbenam matahari”. Ramai dari kelompok masyarakat hanya memahami frasa pertama dari tujuan berpuasa iaitu menahan diri dari makan dan minum, dan seolah-olah mengabaikan frasa yang kedua iaitu menahan diri dari terpesona dengan syahwat. Puasa seperti ini dinyatakan olen Imam al-Ghazali ialah puasa orang awam, yang tidak melengkapi puasa khusus al-khawas(puasa yang menjaga kedua-dua frasa /aspek ini).


Akibatnya pada waktu dan bulan tersebut, ramai orang yang berpuasa tidak lebih dari hanya sekadar berlapar dan berdahaga, tetapi tidak dapat menghayati falsafah berpuasa itu sendiri. Letih yang dapat takwa merempat. Lihat sahaja kalau membeli-belah di bulan ini, semuanya mengikut hawa nafsu, juadah berlebihan dari apa yang patut. Jikalau hari biasa hanya membelanjakan RM10 sehari untuk makanan, bulan Ramadan berbelanja 3 kali ganda malah lebih dari itu. Ini semuanya adalah bentuk pembaziran yang dipandu oleh hawa nafsu. Ingatlah kepada amaran Allah Subahanahu Wata’ala yang bermaksud” Janganlah kamu semua membazir, Sesungguhnya Dia (Allah) tidak menyukai orang membazir” (Surah al-Ana’m: ayat:141)


Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.


2.2) Tegahan dari Berdebat dan berbalah


Sabda Nabi Sallahu Alaihi Wasallam “Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia(orang yang berpuasa)(hendaklah) berkata : Sesungguhnya aku berpuasa, demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya”. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi.


Pada musim ini juga, Nabi Sallahu Alaihi Wasallam juga melarang kita dari bercakaran antara satu sama lain, terutamanya dalam isu yang remeh temeh,umpamanya kedudukan berapa rakaat solat terawikh yang sering diperdebatkan, sedangkan melakukan 8 rakaat ada sandaran dalil dan 20 rakaat ada sandarannya, yang tiada sandaran, orang yang nothing to do.Terawikh tidak diendahkan yang disibukkan persiapan untuk meraikan hari raya.



3) Tegahan dari kenyang sehingga meletihkan


Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..


Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)


Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”


As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa.


4) Tegahan dari menyibukkan diri dengan urusan duniawi semata.


Pada bulan Ramadan ini, perlulah kita mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi Sallahu Alaihi Wasallam lebih-lebih lagi pada 10 akhir Ramadan, Baginda beriktikaf di dalam masjid dan tidak keluar dari masjid melainkan atas urusan yang penting sahaja sehinggalah berakhirnya Ramadan. Inilah yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat.




5. Tegahan dari berlumba-lumba dari merebut kuantiti dari mencari kualiti .


Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.


Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.


Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan qiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.


Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)


Begitu jugalah dalam acara bertadarus al-quran, yang perlu diberikan perhatian adalah tadabbur al quran, iaitu membaca secara bertajwid dan meneliti makna al-quran. Bukannya mengira berapa kali mengkhatamkan al-quran dalam masa sama tidak meraikan tajwid al-quran.


Mudah-mudahan Ramadan yang akan kita akhiri ini adalah yang paling baik yang pernah dilaksanakan. .Amin Ya Robbal Alamin